Sejarah Penubuhan Khairat Ummah


Diasaskan pada tahun 2019.Penubuhan nama Khairat Ummah dicadang oleh Dato' Hj. Fauzee Bin Mustaffa sendiri dan Ustaz Ridwan Roslan. Khairat Ummah merupakan satu program kebajikan untuk rakyat Malaysia yang berkonsepkan ‘Ta’awun’ serta berteraskan kepada sistem komersial takaful iaitu dengan menyediakan bantuan kewangan bagi urusan pengebumian secara bersistem, komprehensif dan ditadbur urus secara baik serta menggerakkan ekonomi ummah. 


Program ini menggerakan masyarakat bersatu dalam satu sistem taawuni, masyarakat berdikari , bersedia berbakti kepada keluarga , si kaya membantu golongan miskin melalui sedekah yang diberi oleh korporat-korporat , pemerintah dengan peranannya tersendiri. Natijahnya masyarakat Khairat Ummah menerima manfaatnya merangkumi bantuan kewangan kepada ahli waris bagi urusan-urusan tertentu yang lain seperti membayar hutang si mati, mengadakan tahlil arwah, bacaan doa dan lain-lain. 

Berdasarkan kajian di negara kita, kebanyakan khairat kematian yang ditubuhkan di masjid, surau atau qariah adalah secara konvensional atau tradisional iaitu mengutip bayaran daripada peserta samada bulanan atau tahunan secara tabungan dan sekiranya ada dikalangan peserta meninggal dunia, maka sebahagian daripada duit tabungan akan diserahkan kepada ahli waris peserta yang telah meninggal dunia. Dan didapati ada sebahagian kes dimana tabung tersebut tidak mencukupi untuk diberikan kepada ahli waris kerana kekurangan dana tabungan khairat kematian tersebut.

Program ini dijangka dapat membantu banyak pihak serta dalam masa yang sama dapat memakmurkan ekonomi selain membantu ahli waris setelah kehilangan orang yang tersayang.

Tujuan Khairat Ummah dibangunkan  adalah untuk:

  • Membantu dari sudut kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengebumian.
  • Meringankan beban keluarga yang ditinggalkan setelah kematian orang tersayang.
  • Pengurusan khairat kematian yang komersial, bersistematik dan teratur.
  • Membantu dan menjadi pelengkap kepada Qaryah masjid/surau dan badan khairat setempat supaya dapat bekerjasama bagi pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.
  • Memakmurkan ekonomi dikalangan penggali kubur, pihak masjid atau surau, pengangkutan jenazah, Badan Khairat setempat dan lain-lain 
©2024 Khairat Ummah| All Rights Reserved. Managed By FMA Takaful

Search

POWr Microblog